Sunday, June 11, 2006

Kronologi rompakan bersenjata kendalian syarikat keselamatan

Kronologi rompakan wang kendalian syarikat keselamatan 2005-2006
* 11 Jun 2006: Sekumpulan perompak, dipercayai lapan ke 10 orang lengkap bersenjata api, melarikan tujuh beg berisi wang tunai RM3 juta dari sebuah van syarikat keselamatan dalam kejadian berbalas tembak di Seksyen 7, di sini hari ini.
* 28 Januari 2006: lima lelaki bersenjatakan empat pistol dan selaras pump gun melarikan wang tunai bernilai RM2 juta dari sebuah van keselamatan di bangunan Dewan Perdana Siswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
* 9 Januari 2006: tiga lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan van keselamatan yang membawa wang tunai RM5 juta di Jalan Sungai Chua, Kajang, Selangor.
* 27 Disember 2005: dua lelaki bersenjatakan pistol bertindak merompak van keselamatan yang membawa wang tunai lebih RM1 juta di hadapan kompleks membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.
* 11 Disember 2005: lima lelaki bersenjatakan pistol, parang dan besi melarikan wang tunai lebih RM1 juta daripada lima pengawal keselamatan di hadapan bangunan Faber Taman Desa, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
* 12 Disember 2005: lima lelaki bersenjata pistol, parang dan besi melarikan wang tunai lebih RM1 juta daripada lima pengawal keselamatan yang sedang memasukkan wang di mesin ATM Bank Bumiputera Commerce (BCB) bangunan Faber Taman Desa, Jalan Kuchai Lama. Kuala Lumpur.
* 22 November 2005: empat suspek bersenjatakan pistol melepaskan dua das tembakan ke arah empat pengawal keselamatan dan melarikan wang tunai RM400,000 di mesin ATM Taman Midah, Kuala Lumpur.
* 30 November 2005: tiga pengawal cedera setelah diserang dua suspek bersenjatakan parang yang melarikan wang tunai RM500,000 di mesin ATM Maybank, Taman Kinrara, Puchong.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home