Tuesday, March 17, 2009

Wanita hamil perlu elak makanan ringan

LONDON: Wanita hamil dinasihatkan supaya menjauhi makanan ringan kerana ia boleh menyebabkan anak dalam kandungan menghadapi masalah kesihatan sepanjang hidup. Ibu yang ketagihan makanan ringan meletakkan bayi mereka dalam risiko obesiti, menghidap penyakit jantung dan diabetes, kata penyelidik. Seorang penyelidik, Dr Stephanie Bayol, berkata: "Kita selalu berkata, 'Anda ialah apa yang anda makan.' Malah, ia mungkin benar jika dikatakan, 'Anda ialah apa yang ibu anda makan'."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home