Wednesday, June 12, 2013

Makan kepala ikan

Seorang guru Tahfiz yang mengerjakan haji. Dia boleh baca mana2 surah dan ayat al Quran dengan hanya menyebut ayat keberapa dan surah apa..dia ni guru pondok. betul katanya, nak menjadi tahfiz (menghafaz ayat al Quran yang banyak dan tebal tu) bukan sekadar baca dan hafal, sebaliknya fizikal, mental dan rohani kita perlu dijaga, antara amalan yg dilakukan oleh seorang ahli tahfiz adalah,

1. Mengamal sentiasa berwuduk (suci dr hadas kecil dan besar).
2. Mengamalkan qiamulailail.

dr segi pemakanan, mereka tidak,

1. Makan kepala ikan..bukan maksud makan kepala ikan kita jadi terus pelupa (jangan hina pandangan mereka sebab ahli tahfiz ni adalah turun temurun sejak berzaman dahulu..), kita yg tak hafaz al Quran ni sebaiknya tidak menghina pandangan mereka. Makan kepala ikan akan menyebabkan ingatan jadi lemah.

2. Mereka tidak makan makanan yang berjeruk..macam pekasam, asam, jeruk, , ikan gelama masam..semua masakan adalah yg segar.

3. Mereka tidak makan sesuatu yang masam contohnya buah epal hijau..

4. Mereka tidak makan buah2an yang berbiji halus, contohnya jambu batu dll..

5. mereka tak makan sesuatu yang diragui halalnya (syubhah).

Hmm...selain itu, amalan pemakanan mereka adalah,

1. Makan kismis, kurma dan madu

2. Minum air zam-zam

3. Tidak makan sampai kenyang

Kalau saudara saudari pernah melawat pondok2 tahfiz, kita boleh lihat betapa berdisiplinnya mereka dlm menjaga amalan mental, fizikal dan rohani kita.

Elok kita yang tidak hafaz al Quran ni mengkagumi mereka berbanding mempertikaikan mereka tanpa sebab, melainkan anda seorang ahli tahfiz.

Berdasarkan sains, kepala ikan merupakan tempat penggumpulan toxic/metal..kerana banyak kawasan berlemak..
Kalau ikan didapati dari kawasan tercemar,  seperti kawsasan pelabuhan, sungai kotor, atau air yg sedikit mcm lombong, elak kan memakan kepala ikan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home