Tuesday, September 26, 2006

Resipi berkaitan ikan

IKAN SIAKAP STEAM
Bahan – bahan:10 g lada putih, ditumbuk5 ulas bawang putih, ditumbuk3 cm halia, ditumbuk1 biji jeruk plum bergaram1 tangkai daun sup, dihiris1 tangkai daun bawang, dihiris1 cawan air2 camca besar sos tiram1 camca besar kicap cair1 camca besar kicap pekat1 ekor ikan siakap.Bahan hiasan:Daun supDaun BawangDaun ParsliJintanCara membuatnya:1. Campur dan gaul rata segala bahan kecuali ikan.2. Salut bahan tadi pada ikan siakap.3. Kukus di atas api perlahan 20 minit, atau sehingga masak.4. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, daun parsli dan daun jintan untuk menambah aroma wangi.5. Hidang ketika panas.

SIAKAP MASAK SWEET SOUR
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) ½ botol sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putihdan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yangdibakar tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersamanasi putih dan juga lauk lain.

IKAN SIAKAP KUKUS
Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak: · Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). · Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. · Tuang ketiga-tiga sos tadi. · Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. IKAN SIAKAP KUKUS (2)Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap10 biji bawang putih - dicincang1 sudu teh lada sulah1 sudu teh gula3 biji cili padi1 sudu makan sos ikandaun ketumbar1 biji limau purutCara-cara · Ikan dikukus kosong sementara itu panaskan minyak dan masukkan bawang putih,cili padi lalu tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.· Panaskan kuali, masukkan kicap cair, sos ikan, sedikit air, gula, lada sulah dan minyak.· Akhir sekali tuangkan sos tersebut ditepi ikan dan perahkan limau purut itu diatas ikan.

IKAN KUKUS CINA
Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal / kembung1 sudu makan minyak masakTumbuk 2 sudu makan tauchu1 biji cili merah (dihiris)ulas bawang putih (dicincang)Perasa 1 sudu makan kicap manisCara-cara · Tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis.· Kemudian salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.

IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
Bahan-bahan A: 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa Bahan-bahan B: 5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa Cara memasak: · Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup. · Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. · Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. · Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. · Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi. Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

KARI KEPALA IKAN
Bahan-bahan 1 kepala ikan (jenisnya ikut suka)1/2 mangkuk santan pekatSedikit air asam jawaTumbuk 1 labu bawang besar4 biji buah badamSedikit halia4 ulas bawang putihSedikit lengkuas1 batang serai (dititik)Sedikit cili yang telah dimesinPerasa Sedikit halba dan daun kari1 peket kecil serbuk kari ikanCara-cara · Ikan dibersihkan dan digoreng dengan sedikit kunyit.· Panaskan minyak anggaran 4 sudu makan, kemudian tumiskan halba dan daun kari.· Apabila wangi, masukkan bahan bahan yang ditumbuk dan serbuk kari serta cili yang telah dimesin.· Kacau hingga naik minyak dan kemudian masukkan santan serta serai.· Tuangkan 4 mangkuk air, air asam jawa serta garam secukup rasa.· Akhir sekali masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga mendidih barulah diangkat.

KARI KEPALA IKAN (2)
Bahan-bahan: 1 kg kepala ikan 50 gm bawang merah 30 gm halia (dikisar) 30 gm bawang putih (dikisar) 50 gm cili kering (dikisar) 50 gm ketumbar 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 10 gm serbuk lada putih 40 gm serbuk kunyit 1 liter santan kelapa 20 gm garam 10 biji kacang bendi 6 biji terung Cara memasak: · Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. · Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. · Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. · Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

KARI KEPALA IKAN (3)
Bahan-Bahan 1 keping kepala ikan kerisi 5 biji bendi 2 biji terong 2 biji tomato 2 biji bawang besar sedikit daun kari sedikit biji sawi sedikit bunga lawang 2 sudu serbuk kunyit1 sudu serbuk cili 4 sudu serbuk kari ikan 1 cawan air asam 1/2 cawan air sedikit hirisan nenas sedikit daun ketumbar
Cara Cara · Panaskan minyak, tumis bawang, biji sawi,bunga lawang dan daun kari. · Masukkan rempah kari ikan, kunyit, serbuk cili, sedikti air, dan tumis sehingga keluar minyak. · Masukkan air asam, air dan kepala ikan.Kemudian masukkan terong, bendeh, dan tomato, biar mendidih. Setelah itu masukkan ikan masukkan hirian nanas dan daun masukkan hirian nanas dan daun ketumbar.

SIAKAP KUKUS BEREMPAH
Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - sederhana besar4 biji buah keras 5 tangkai cili padi 8 tangkai lada merah 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 camca petis udang 1 sudu gula dan garam 1 batang serai - dititik 1/2 cawan air 1 biji limau nipis - diperap pada ikan Cara Cara · Ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam selama 5 minit , perap dengan limau nipis. · Buah keras,cili padi, bawang merah, dan bawang putih dikisar halus dan dicampurkan dengan petis serta air. · Kacau rata bersama garam dan gula, dan masukkan serai. · Tumis dengan api sederhana hingga bangkit baunya. Tuang ke atas ikan .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home