Tuesday, November 10, 2009

bimasakti

Setiap bintang akan selesai mengelilingi bima sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih. Matahari berputar sepantas 225 km seminit tetapi ia mengambil masa selama 230 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan orbitnya di dalam galaksi. Matahari juga sebuah bintang dengan garispusat 1.4 juta kilometer. Keluasan matahari boleh memuatkan 1 juta bumi di dalamnya!. Cahaya matahari mengambil masa 8 minit sahaja untuk sampai ke bumi. Bintang terdekat dengan bumi ialah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer.

Bagi mengukur saiz bintang astronomi mengguna istilah solar radius dan solar mass
1 solar radius = 690,000 km
1 solar mass = 2 X 1,030 kg (2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 kg
bintang paling besar dalam system suria ialah
1. VY Canis majoris. Jarak dengan bumi 5,000 tahun cahaya. 2,100 kali lebih besar dari matahari. Keluasannya lebih besar dari orbit planet saturn dan memerlukan 8 jam cahaya untuk merentasinya. Suhu kepanasannya 3,500 kelvin (paling sejuk). Dendan saiznya 2,100 kali ganda saiz matahari.
2. eta carinae. Jarak 7,500 tahun cahaya dari bumi dan berat 100 solar mass. Kecerahan lebih 4 juta kali berbanding cahaya matahari. Suhu terlalu panas iaitu mencapai 25,000 kelvin dan ukurannya 400 solar radii.

Sebenarnya bintang ialah bebola jisim gas yang terbentuk daripada tarikan graviti. Ia lahir hasil daripada gabungan gas hidrogen dan debu debu angkasa yang kemudiannya membentuk nebula. Semakin banyak debu dan gas semakin kuatlah daya graviti. Ini akan menarik lebih banyak debu dan gas hingga termampat menjadi bebola gas. mastika

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home