Monday, June 17, 2013

Penceraian ketika mengandung adalah sah.

Tempoh iddah bagi perempuan mengandung yang diceraikan ialah sampai melahirkan anak. Apabila suami rujuk dalam tempoh itu, rujuknya sah dan kedua-duanya menjadi suami isteri.

Rujuk boleh berlaku dengan kata-kata dan juga perbuatan menurut sebahagian mazhab. Manakala mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh perkahwinan yang sah dinasabkan kepada suami. Rasulullah sa.wa bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah batu (al-Hajr).” (Bukhari dan Muslim)

Dalam kes di atas, puan sudah menyatakan bahawa perceraian yang didakwa tidak sah menurut pejabat agama. Ia hendaklah diterima dan sekiranya puan tidak berpuas hati ia perlu dirayu dan dibicarakan kembali.

Bagaimanapun, rayuan mungkin tidak dibuat, maka keputusan pejabat agama perlu diterima. Seterusnya apabila lahir anak dalam tempoh perkahwinan yang sah, anak hendaklah dinasabkan kepada suami puan sebagai bapa kepada anak berkenaan.

Perkahwinan kedua boleh berlaku apabila puan sudah diceraikan dan habis tempoh iddah dengan suami pertama. Bagaimanapun, apabila masih menjadi isteri orang atau dalam iddah, perkahwinan kedua menjadi tidak sah. Itu yang perlu dipastikan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home