Monday, June 17, 2013

SYARAT SAH KAHWIN DI THAILAND

Perkahwinan di luar Negara termasuk di Thailand adalah sah apabila memenuhi syarat-syaratnya. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 pada 1 Julai 2002 hukum nikah di luar Negara termasuk kahwin di Thailand adalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah;
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah (89 kilometer);
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia ber
mastautin;
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim (http://www.e-fatwa.gov.my).

Apa yang perlu anda berdua lakukan ialah mendaftarkan perkahwinan itu de
ngan pihak berkuasa negeri di tempat anda tinggal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home