Thursday, January 07, 2010

Jamak Qasar

Jamak ertinya himpun - solat yg boleh dihimpunkan adalah Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak. Solat Subuh takleh jamak dengan mana2 solat fardhu.

Qasar ertinya memendekkan jumlah rakaat dalam solat. Solat yg boleh di qasar cuma solat Zohor dan Asar dan Isyak. Pendekkan dari 4 rakaat kepada 2 rakaat. Solat Maghrib takleh qasar.ko ada pilihan sama ada utk buat jamak taqdim (himpunkan solat Isyak masuk ke waktu Maghrib), atau Jamak Takhir (himpunkan solat Maghrib ke dalam waktu Isyak).
Kalau buat Jamak Taqdim (himpunkan Isyak ke dalam waktu Maghrib), kena solat Maghrib dulu pastu baru Isya'.
niatnya ialah 'sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat dan dhimpunkan kepadanya fardhu Isya 4 rakaat (2 rakaat kalau qasar) kerana Allah Taala. Itu niat masa nak solat Maghrib. Lepas solat 3 rakaat cam besa terus buat solat Isya. Niatnya ialah 'sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat (sebut 2 rakaat kalau qasar) yang dihimpunkan ke dalam waktu Maghrib kerana Allah Taala.
Kalau niat qasar Isyak, jumlah keseluruhan rakaat ialah 5 (3 rakaat Maghrib, 2 rakaat Isyak). Kalau tak niat qasar jumlah rakaat ialah 7 (3 rakaat Maghrib dan 4 Isyak).
sama jugak kalau buat Jamak Takhir, cuma buat solat Isyak dulu, lepas dah buat solat Isya (sama ada 4 rakaat atau 2 rakaat, bergantung pada pilihan ko utk qasar atau tidak), baru buat solat Maghrib.
Niat kalau buat Jamak Takhir...masa nak solat Isyak, niat "sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat (atau sebut 2 rakaat kalau nak qasar) yang dihimpun kepdanya 3 rakaat fardhu Maghrib kerana Allah Taala. Lepas siap solat Isyak, bangun utk solat Maghrib. Niat "Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat yg dihimpunkan ke dalam waktu Isyak kerana Allah Taala".
same thing la kalau jamak/qasar Zohor dan Asar...sekian wallahualam...

Labels:

F/A bermaksud fighter attack

F/A bermaksud fighter attack..dimana ianya boleh berperanan untuk bertempur sesama pesawat (fighter) dan juga untuk ground atau surface attack. Kalau macam F16 hanya untuk role fighter tapi kurang kemampuan untuk ground atau surface attack..sbb tu FA18 boleh dilengkapkan dengan Harpoon..jd pada asasnya FA 18 dah memenuhi fungsi sbg MRCA...

Labels:

embargo (sekatan)

kerana polisi embargo (sekatan) USA kepada negara pengguna pesawatnya yang tak mematuhi syarat2 tertentu dalam perolehan pesawat...

Labels:

hadhanah iaitu hak penjagaan anak

Beliau juga tidak menolak untuk memfailkan hadhanah iaitu hak penjagaan anak selepas bekas suaminya itu dilihat mengenakan syarat-syarat tertentu apabila ingin membawa anaknya keluar.

Labels:

IP (kertas siasatan)

“Dalam IP (kertas siasatan) yang dikemukakan kepada saya, polis mengenal pasti anggota tentera berpangkat sarjan dan pengarah syarikat sebagai dalang utama kecurian itu,” katanya.

Labels:

Qazaf

Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara dan denda atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah Syariah.

Labels: