Thursday, September 30, 2010

Jarak matahari ke bumi

Adalah 93.000.000 mil. Jarak ini dipakai sebagai satuan astronomi. Satu satuan astronomi (Astronomical Unit = AU) adalah 93 juta mil = 148 juta km. Dibandingkan dengan bumi, diameter matahari kira-kira 112 kali diameter Bumi. Gaya tarik matahari kira-kira 30 kali gaya tarik bumi. Cahaya matahari menempuh masa 8 menit untuk sampai ke Bumi dan cahaya matahari yang terang ini dapat mengakibatkan siapapun yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.

Labels:

main badminton

semalam kali pertama main badminton selepas berehat 2 bulan. sakit urat seluruh badan. hari ni dah masuk hari ke3, sakit masih belum ilang lagi. Main badminton tempat baru di dewan MPSJ Tmn Puchg.Perdana. Sebelum ini main di dewan kg.malaysia tambahan, sg.besi. Rasa nak kekal main disini'. rakan sparring pun ok gak.

Tuesday, September 28, 2010

sembahyang hajat

semalam, lepas isyak sembahjayang hajat diadakan atas permintaan seorang kariah taman ini. Lepas sembahyang kami semua disedekah sebungkus nasi lemak seorang. lauk ayam goreng berempah..........menjilat jari

Teori Big Bang telah dijelaskan Al-Quran....

Surah Al-Anbiya' Ayat 30"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "Teori Big Bang telah dijelaskan Al-Quran....dan hanya bila ada air aje ada benda hidup....dan sebab Big Bang adalah pasal pemisahan...kat situ la teori pemisahan atom akan menyebabkan penjanaan tenaga yang amat banyak

Labels:

petua dapat anak lelaki

Membaca wirid dalam hati, Alhamdulilahilazi kholaqol mimmail bashara,Faja'alahul nasaban wasuhuran wakana rabbika qadiranLeh saper saper terjemahkan kepada bahasa melayu...

maksudnya Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), dan darinya berlaku pertalian darah (nasab) dan hubungan kekeluargaan Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa AL Furqan 54


petua utk dpt anak lelaki1. sebelum bersetubuh, sebutkan nama Allah2. Baca surah Al-Ikhlas3. Takbir dan tahlil4. kemudian baca doa iniBismimillahil a'liyil a'zim, Allahummaja'laha zurriayatan thoiyiban In kunta qudratan an-taghruju min solbiAllahumma janaban syaithon wajanaban syaitonima rozaktaniKemudian suruh isteri kita tidur mengiring sebelah kanan, Insyaalah akan dpt anak jantan.
tidur mengiring nie petua jer.. tapi kalau kita yakin Insyaalah berjaya.

Labels:

Solat jenazah- ringkas

Niat Solat "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah lelaki ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

Takbir1:. Alfatihah
Takbir2: Selawat
Takbir3: Doa si mati- Allah humma fighlahu war hamhu
Takbir4: Doa si mati- Allah humma fighlahu war hamhu

Labels:

niat melontar haji

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Labels:

kemuskilan agama

nak tanya sket pada yg tahulah..leh ke puasa sunat ari nih? ( selasa, 10 ogos 2010).memandangkan esok insyAllah dah start puasa di bulan ramadhan?harap kawan2 yg tahu leh perjelaskan terima kasih. Hari ni dikenali sebagai hari syak iaitu hari zan dan yakin/pasti esoknya bermula ramadhan. Hari syak termasuk dalam senarai hari-hari yang diharamkan berpuasa sunat. Pun begitu jika puasa tersebut adalah puasa Qada' (ganti) maka ia tidak menjadi kesalahan bahkan dituntut.

Labels:

karangan esei terpendek di dunia.

Karangan Pendek
Seorang budak berusia 16 tahun dari New Hampshire memenangi biasiswa melanjut pelajaran ke Universiti Harvard setelah menang pertandingan membuat karangan esei terpendek di dunia.
soalan karangan ialah macam ini:
Write a concise essay with reference to all the following elements
1.Religion
2.Royalty
3.Sex
4.Mystery
Jadi budak ni pun buat le satu karangan begini:“My God,” said the Queen. “I’m pregnant. I wonder who thefather is.”
Hehehe keempat2 elemen tu dah masuk khennn…

Labels:

saintis Kimia Islam

tapi apa yg dimaksudkan oleh monashis tu berasas gak...saintis Kimia Islam, Jabir Ibnu Hayyan pernah menyebut"jika zarah kecil kita pisahkan, pemisahan itu akan menghasilkan tenaga yang mampu menghancurkan bandar Baghdad"(dipetik drpd dokumntari History Channel) tenaga apa yang dimaksudkan saintis Islam ini? yep, ilmu nuclear fission ni mungkin sudah pun diterokai saintis Islam....

Labels:

pencipta pertama mesin mekanikal

dia pun lupa baca kat mana..tapi saya ada baca satu laman web pasal al jazari..orang islam yang pertama mencipta mesin mekanikal gear yang di gembar gembur di cipta oleh leonardo da vinci...walhal al jazari telah mencipta nya 200 tahun sebelum leo berlagak dia yang cipta

Labels:

blackbird SR-71

Ingatkan SR-71 ni ditamatkan sebab kurang stealthty. Kelajuan max March 3.2 tapi missile plak March 3.5. Takat nak lari aje, satu hari kena tembak jugak sebab missile dah lebih laju.

Labels: