Sunday, August 15, 2010

puasa dan fitrah

puasa dah masuk hari ke6. Giliran tahlil arwah sudah dibuat malam semalam. zakat fitrah rm7 dah dibuka untuk pembayaran dimasjid. amilnya en.ab.Rahman

pelan masjid


sebagai simpanan sahaja.

Labels:

Tuesday, August 10, 2010

puasa ramadhan 2010 datang lagi

Lafaz Niat Puasa "Nawaitu souma godhin 'an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"
“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”…

Niat berbuka puasa "Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin"

Labels:

Sunday, August 08, 2010

gotong royong madrasatul ehsan

jam 8.00 dah berkumpul. masing2 bawa alatan sendiri. teman bawa kai buruk yg lap motor je! kami ramai2 buat kerja masing yg tak perlu disuruh. rajin2 belaka teman tengok. kaum hawa masak tengahari untuk makan ala2 kampung. Jemaah makan tengahhari lala kampung tu jam 12 tgh. nasi, ikan goreng, ikan gulai kinyit sembilang, ikan masin dan ulan daun ketereh, ubi kayu dan kacang panjang. Dalam tempoh tu ada pemerikasaan kesihatan. hampir keseluruhan yng hadir berminat dicek. percuma! teman pun tidak terkecuali. dapat result,,last2 dr kata tanda2 jantung. dia syor ubat letak bwh lidah jenama tasly yg harga 165 cash utk harga khidmat soaial. teman hold dulu hasrat "ngecek mereka". lepas tu terus pulang umah.

Saturday, August 07, 2010

PERSADA di dewan MPSJ Puchong

Perang tadi persatuan anak kelantan sgor dan wpkl PERSADA berhimpun di Dewan MPSJ Puchong dekat masjid terapung. Jamuan pulut durian. Ramai juga yang hadir. Dalam majlis tu dijemput tan seri Anuar Musa berucap. Sebelum balik mak faheem beli sepang baju upin ipin untuk raya. 15 hinggit yg dijual dekat situ. ambo ada terjumpa dengan wan puspakom. rakan bermain badmintan di gombak masa bujang dulu. skrg beliau bertugas di puspakom g'marie.

doa selamat rumah Pak Husain

Malam ini rumah pak Husin jalan teratai 2 buat doa selamat. Iman sobri memimpin majlis tertebut. kami dijamu satey, laska pinang,buah tembikai susu, tembikai dan buah duku. Ada tepung pelita dan kuih ambon. ada jua bubur durian, kek. grand juga majlis pak usin ni.

tahlil lagi taman mawar

malam semalam ada tahlil lagi di taman mawar. Ahli jemaah surau madrasatul ehsan dijamu nasi ayam dan lain2 kuih muih. Buah rambutan pun ada juga.Air oren. kehadiran lebih kurang 25 orang.

Thursday, August 05, 2010

Tahlil taman mawar

Semalam 4/8/2010 kariah surau madrasatul ehsan pergi tahlil di Taman mawar. lebih kurang 25 orang pergi. kami dijamu nasi ayam,tembikai,pisang,agar2,air oren dan mineral botol.

Wednesday, August 04, 2010

betul ke waja baru









kalau betul ini model waja baru..peh nyaman ni




Labels:

gotong royong madrasatul ehsan


8 ogos ini,ahad. ahli taman teratai dan mawar, pchg perdana dijemput ramai-ramai menghadiri gotong royong . membuat apa2 yg patut di madrasatul ehsan. alat kelengkapan bawa sendiri. ada tangga bawa tangga. ada kapak atau berus atau penyapu bawa sekali. ayuh kita meriahkan sesama kariah kita. lepas gotong royong makanan ada disediakan. tak berlapar bila balik rumah! ada juga khidmat pemeriksaan kesihatan percuma. buleh test apa yang patut. mata, darah dll apa yg nak test. Di selit juga program pembahagian beras kpd ibu2 tunggal tmn teratai dan mawar. lebih kurang 25 org yang dapat.

tahlil lagi


Malam ni 4 ogos rabu, Hj.saidi kariah madrasatul ehsan, tmn pchg prdna buat tahlil dan doa selamat . lepas baca yassin ada juadah disediakan. nasi putih, kari ikan bawal potong 2 campur bendi, ayam goreng rempah, sayur campur goreng (kobis,karet dan cendawan) ulam daun putat,ulam raja dan kacang pjg. air mineral cawan. ahli kariah yang hadir dekat2 40 org.