Monday, March 30, 2009

Kelajuan cahaya

bergerak 300,000km sesaat dalam keadaan vakum

Monday, March 23, 2009

org kelantan...betul ke...?

kebanyakan lelaki2 kelate cerdik.... kat pusat pengajian tinggi, usahawan, boss2 syarikat besar, ramai terdiri dr lelaki/perempaun kelate...

setahu saya yang mengajar Sejarah ; Orang Melayu hanya tinggal di Kampung-kampung seperti Kampung Baru(KL), Keramat, Pantai Dalam. dan bukti yg paling nyata ialah setiap kali raya, bukan jalan nak balik Kelantan je Jem, Highway utara selatan Jem, last2 KL, Selangor lengang(menunjukkan ramai orang perantau selain Kelantan datang ke KL, Selangor). sama gak sekarang ni bila u pergi USA, EU. Apa pendangan diorang terhadap korang(Asia)? tambah-tambah Islam

bagi mereka (lelaki luar) dapat keja kilang pakai motor sebuah kira lepas dah...pastu pikat awek...ni yang aku lihat dan rasai...berbanding lelaki kelate lebih survival selagi tak ada kereta dan rumah sendiri sama ada beli di negeri org atau negeri sendiri selagi itu lelaki kelantan tidak berpuas hati...lihat di kelantan...betapa banyak rumah banglo milik org kelantan, walaupun dia bekerja di negeri luar...tapi kesungguhan dan ketekunan mereka mengalahkan lelaki negeri luar....

bagi aku aku lebih suka org kelantan kahwin dengan org kelantan kerana kualiti dan mempunyai keistimewaan sendri berbanding org luar....org kelate pandai berniaga dah ramai pakai kereta mewah dan rumah besar di KL....org kelantan tak heran kalau tak kahwin dengan org luar....

satu lagi tanah org kelantan luas2 tak ade nak duduk rmh flet mcm org luar...

aku rase laki klantan yg merantau keje2 kilang yg prangai x elok....tp yg educated sumenya ok jer....tgk pegawai2 tinggi ramainya org klantan kan.......sumenya ok jer n agama pun ok...aku tgk dorg x tinggal solat n slalu bg nasihat utk kiter maju walopun kiter bkn org senegeri...mereka yg educated ni sume baik2 belaka...tp pd aku kiter x bley nilai org mengikut negeri la....Allah ciptakan manusia itu same kan...keimanan yg membezakan kiter...lelaki klantan yg paling aku respect Tok Guru....

lelaki kelate memey ramai hok hensem2 putih2... sbb diorang ramai mix chinese & thais... nyam nyam nyammm.... ore ppue apatah lagi... wahh.. dah tu, bijak2 plak tue sbb darah mix kot... tp diorang nih suke merantau lah, i.e. keje kat luar, paling2 koman dok kat KL laa.. ramai yg i tengok diornag rela gi oversea, middle east sumer sbb nak cari challenges n experience n kepuasan dalam keje.. tak lupe gak cari duit... cuma satu la, keje umah or tolong2 bini ni diorang malas sket, tp kalo dah lame2 kawin dlm 2,3 tahun tu, mmg nampak diorang makin rajin tolong kita sbb diorang makin memahami kita... yang penting komunikasi..

i agree!!! mmg diorang cakap lembutnye ya Allah, mmg kita takkan lawan or tinggi suara la sbb hormatkan dia, punca kita jadi hormat kat dia sbb dia hormatkan kita n never tengking2 tak tentu hala... cuma kekadang time dia bertegas tu mmg gerun laa.. sbb dia jarang marah, so, bila dia marah tu, dia cakap still lembut, tp nada dia jadi tegas n wat kita rasa gerun....

ha ni mmg betul la..diam2 sekali bersuara mau pengsan heh..tp mmg tutur kata tu lembut je.lagi satu dieorg ni setia kawan..sanggup dtg jauh2 kalau kawan tgh susah.

kalo tengok kat kompeni2 besar kan... mostly MNC company.. yang dok taraf2 manager, CEO, senior managers makin ramai dipelopori lelaki kelate termasuk ler kat kompeni aku keje & company hubby aku.. hihihi.... cam lelaki2 dari negri len dah makin pupus yg pegang jawatan2 tinggi nieh... statistik more than 50% with 95% confidence factor

i'm not surprise...kelantanese biasanya akan mengutamakan kelantanese...kalau ramai dalam sesuatu bidang bukan semestinya sebab mereka pandai tapi kebanyakannya disebabkan keutamaan diberikan kepada orang senegeri...apa2 perkara pun...contoh paling baik rumah quaters guru...ramai yang tak layak tapi dapat keistimewaan tuh...

x smua org klantan cmtuh...depends on peribadi diaorg la...klu korg perhatikan,smua pegawai2 dan bos besar kebanyakan dr klantan...yg aku tau klantanese ni ramai yg excellent...

Labels:

Jumlah umat islam di Perancis

seramai 5 juta orang dan Cina islam di Malaysia (2008) 50,000 lebih sahaja

Sunday, March 22, 2009

Litar F1 Sepang

SIC merupakan litar lumba sepanjang 5.542 km yang dibina di Sepang yang menggabungkan teknologi seni bina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia dan boleh menampung sehingga 130,000 penonton.

chedet

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Labels:

Friday, March 20, 2009

Trowong SMART

Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer dimulakan sejak 2003 itu merupakan projek pertama di dunia yang mempunyai dwifungsi utama. ‘‘Dengan wujudnya dua lorong pada setiap arah laluan, memulakan perjalanan dari Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak, mereka akan mengambil masa tidak sampai 10 minit menggunakan terowong untuk tiba di Jalan Sungai Besi bersebelahan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Selain pintu masuk-keluar dekat Bangunan RHB, terdapat satu lagi pintu masuk-keluar di Jalan Davis berdekatan bulatan Kampung Pandan.
Peranan pertamanya untuk mengalih air berlebihan ketika banjir kilat dari Sungai Klang dan Sungai Ampang untuk mengelakkannya memasuki pusat bandar raya. Ia juga menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas khususnya kepada pengguna jalan raya dari arah selatan menuju pusat bandar raya.

Labels:

Ketika isteri hampir bersalin

Suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

Thursday, March 19, 2009

Senarai hotel dan Leisure mall di Kelantan

Nok hotel berapo star?loni kt kelate ado 15 hotel..di kb sajo ado 13 hotel..kawe sebut sor2 kt kb deh..1) ansar city islamic hotel (2 star) jln maju, kb tel:097474002) ansar garden city (2 star) jln dato pati, kb tel:0974823993) crystal lodge (3 star)124, jln che su tel:0974708884) dynasty inn (2 star) 2865-D-E, jln sultanah zainab, kb tel:097473005) juita inn (3 star) jln pintu pong tel:74468886) mawar hotel (3 star) bangunan mawar, jln dato perdana tel:7448888/74700007) perdana hotel (4 star) jln mahmood tel:74850008) perdana resort pcb beach (3 star) jln pa amat, pcb tel:7744000/77422819) resort pcb tel:774202010) suria hotel, kb (2 star) jln pdg garong, kb tel"743225511) sutera inn prima (3 star) jln dusun muda off jalan bayam tel:744100012) hotel temenggong (2 star) jln tok hakim tel: 7483481/7483844 semo hotel2 nih kawe buleh dlm accomodation guide hok opis kawe wat..xtaula loni kot2 ado hotel bru..kawe pon xtau hok mano sor mmolek ..psal shopping, buleh g:1)ranta panje -byk bare2 muroh2) alik male g wakaf che yeh..byk jugok bendo2 mmuroh3) ari jumaat, pasar pg..g wakaf baru ado lg deh.......Hotel Pacific (Jalan Pengkaln Chepa)...Hotel Renaissance (dekat Billion) beyeh

Labels:

Tempat makan best di kelantan

Kelantan.... makanan dia... heaven... majoriti kedai emas tokey melayu... pesan aku satu je.. kena susun itinerary meal time dia..
Sarapan/Minum Pagi : 1. Hoover (Depan Pej. Tanah) - nasi dagang, sate, roti bakar, 2. White House (kat Masjid Muhammadi) - roti bakar, kopi, 3. Kak Wok (Belakang KBMC) - nasi berlauk.
Makan Tengahari : 1. Cikgu (Kg. Kraftangan) - masakan kg. ikan keli dia panas-panas/panjang sampai cecah meja, air sirap hantar pakai jug, 2. Zakini (Jln Berek 12) - nasi kukus, kerutuk, telur penyu 3. Hoover (depan pej. tanah) - nasi padang, special dia lauk dia akan hantar penuh meja, kira yg makan je walaupun cecah sikit.. kira main ribu-ribu... ha..ha.. stail dia kira je.. satu ribu, dua ribu...bla..bla..
Minum Petang : 1. Pasar Siti Khadijah - kueh-mueh, nasi berlauk ada gak 2. Restoran Terapung (Sg. Kelantan) - keropok lekor 3. Pintu Geng - cakui 4. Stadium - ABC, popiah basah/kering dsb 5. Santoo (Jln Hamzah) - ABC, popiah dsb.
Makan Malam : 1. Four Season (Sri Cemerlang/Jln Telipot) - ni mcm seafood, tempat pun class sikit, mahal sikit.. byk VIP makan sini.. 2. Rest. Syam (Jln Berek 12/Jln Bayam) - ni masakan siam mcm yg biasa ada kat KL/tpt lain, boleh try lidah lembu goreng atau masak merah.. Supper : 1. jange lupo supper make colek kat PCB... ha..ha.. fresh seafood... ni wajib 2. Kafe Ridel Hotel kat tepi Sg. Kelantan tu... katanya ok klu nak lepak.. sure badan naik... ha..ha..ha... I love kelantan...

Labels:

Pepatah melayu lama

Kegemilangan Kesultanan Melaka dan Kepahlawanan Hang Tuah menyatakan.........!!!!!!!......Sekiranya keris dicabut dari sarungnya maka biasanya akan ada yang terbunuh.......dan.... sekiranya ianya dicabut juga.....maka hendaklah matanya dihunuskan ke tanah...atau dimasukkan kedalam sarungnya!!!!!!!!!...Jangan sekali-kali keris..apabila dicabut dari sarungnya....matanya dihunuskan kelangit...maka akan adalah pertumpahan darah atau yang akan terbunuh..!!!

Labels:

Pepatah melayu lama

Kegemilangan Kesultanan Melaka dan Kepahlawanan Hang Tuah menyatakan.........!!!!!!!......Sekiranya keris dicabut dari sarungnya maka biasanya akan ada yang terbunuh.......dan.... sekiranya ianya dicabut juga.....maka hendaklah matanya dihunuskan ke tanah...atau dimasukkan kedalam sarungnya!!!!!!!!!...Jangan sekali-kali keris..apabila dicabut dari sarungnya....matanya dihunuskan kelangit...maka akan adalah pertumpahan darah atau yang akan terbunuh..!!!

Labels:

Guru dinasihat pertimbang pilihan bersara

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihatkan guru yang dilantik selepas 12 April 1991 supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum memilih untuk bersara awal atau menerima tawaran untuk bersara wajib pada usia 58 tahun. “Mereka yang dilantik selepas tarikh itu tidak akan menerima bayaran pencen sehingga mencapai umur persaraan wajib,” kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng. “Mereka perlu fikir betul-betul, baik untuk menerima tawaran berkhidmat sehingga 58 tahun atau mengambil keputusan bersara pilihan.

Labels:

Rujuk tidak perlu persetujuan isteri

SOALAN:Saya telah bercerai setahun yang lalu tetapi masih belum mendaftarkan penceraian tersebut. Dalam tempoh idah saya dan bekas suami pernah ‘tidur bersama’ beberapa kali.
Dalam tempoh idah juga bekas suami pernah berkata bahawa “saya milik beliau dan jom kita rujuk balik”, tetapi pada masa itu saya tidak mahu rujuk. Selepas habis tempoh idah hingga sekarang pun kami tidak lagi memfailkan penceraian. Adakah kami masih suami isteri?
JAWAPAN:SEPERTI mana kuasa talak diberikan kepada si suami begitu jugalah kuasa rujuk diberikan kepada mereka. Para ulama sependapat bahawa suami yang melakukan rujuk mempunyai keahlian untuk berkahwin, tidak termasuk mereka yang gila atau mabuk.
Ini kerana hukum rujuk ialah hukum perkahwinan dan wali berhak merujuk seseorang isteri bagi pihak suami yang gila atau seumpamanya, rujuk demi menjaga kepentingan mereka yang di bawah jagaannya.
Rujuk dari segi bahasa bererti kembali. Dari segi syarak pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu idah yang bukan talak bain.
Rujuk adalah hak yang diberi oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu idah isteri.
Antara dalil keharusan rujuk, firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apabila mereka telah mendekati akhir idah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik). (at-Talaq :2)
Rukun rujuk ada tiga perkara:
1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).
2. Mutarji’ iaitu suami yang ingin merujuk isteri yang diceraikannya dengan talak bain.
3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.
Syarat-syaratnya:
1. Suami:
a) Hendaklah seorang yang berakal.
b) Baligh.
c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.
d) Tidak murtad.
2. Isteri:
a) Hendaklah yang sudah dicampuri.
b) Mestilah yang diceraikan dengan talak raj’ie. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khuluk dan juga talak tiga.
c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.
3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah rujuk dalam masa yang tertentu sahaja.
4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Rujuk disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talak raj’ie meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam idah. Tetapi perlu diingat bahawa rujuk hendaklah dengan tujuan berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.
Terdapat beberapa keadaan yang diharamkan untuk berkahwin tetapi dihalalkan untuk rujuk:
1. Semasa berihram, sama ada suami ataupun isteri. Diharamkan melakukan akad semasa berihram, tetapi dihalalkan melakukan rujuk. Ini kerana rujuk ialah mengembalikan ikatan perkahwinan yang sedia ada.
2. Seseorang hamba, tidak perlu mendapat keizinan tuannya untuk merujuk isterinya kerana keizinan diperoleh untuk berkahwin. Ini bererti keizinan yang sama untuk merujuk juga telah diperoleh kerana isteri dalam idah masih lagi hukum isterinya.
3. Suami dalam keadaan sakit tenat diharuskan merujuk isterinya, sedangkan dilarang melakukan akad dalam keadaan demikian kerana perkahwinan menyebabkan pesaka. Jika berlaku kematian, walaupun dalam idah, mereka berhak mendapatkan pesaka.
4. Suami yang bodoh diharuskan merujuk isterinya, sedangkan dilarang melakukan akad perkahwinan, begitu juga seseorang boros.
Ulama fikah telah meletakkan syarat kepada isteri yang hendak dirujuk.
1. Isteri yang berada dalam idah raj’ie dan pernah melakukan persetubuhan yang sebenar pada perkahwinan yang sah sebelum bercerai.
2. Mengikut satu riwayat dalam mazhab al-Syafieyyah, sekiranya isteri tidak disetubuhi selepas akad yang sah maka suami tidak boleh merujuknya. Manakala dengan terhasilnya persetubuhan selepas akad yang sah sahaja boleh dirujuk oleh si suami.
Ulama juga mensyaratkan bahawa dalam rujuk:
1. Tidak disyaratkan mendapat persetujuan isteri atau walinya atau tuan bagi seseorang hamba untuk merujuk. Bahkan ada pendapat yang mengatakan tidak perlu memberitahu isteri yang dirujuk.
2. Tidak perlukan saksi ketika melakukan rujuk isterinya. Melainkan jika perlu, tetapi ia tidak syarat.
3. Rujuk tidak boleh dilakukan dengan lafaz taklik, contohnya si suami ketika merujuk isterinya berkata: “Aku merujuk kamu jika kamu bersetuju....”.
4. Rujuk boleh dilakukan dalam apa bahasa sekalipun asalkan perkataan yang digunakan itu faham dan membawa maksud rujuk.
5. Suami yang bisu boleh merujuk isterinya dengan isyarat yang boleh difahami erti rujuk dan juga boleh dilakukan dengan tulisan.
Di dalam Enakmen undang-undang pentadbiran keluarga Islam 1985 12/1985, Bahagian Pembubaran perkahwinan. Dalam perkara yang ke “(9) Jika selepas talak raj’ie suami melafazkan rujuk tetapi isteri telah tidak bersetuju terhadap rujuk itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak, dia tidak boleh diperintah oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 44 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya”
Maksudnya, puan adalah isteri yang sah, kerana suami sudah merujuk dengan perbuatan iaitu dengan persetubuhan. Serta lafaz “saya milik beliau dan jom kita rujuk balik”. Itu sudah jelas suami rujuk.
Walaupun dalam rujuk, si suami tidak perlukan persetujuan isterinya, namun isteri mempunyai hak untuk tidak menerima sekiranya dia tidak berasa aman dengan kehidupan bersama suaminya ini jelas seperti mana tertera dalam Enakmen undang-undang pentadbiran keluarga Islam 1985 12/1985, Bahagian Pembubaran perkahwinan.
Cuma pastikan perceraian itu didaftar serta rujuk juga didaftar di Pejabat Agama Daerah untuk kesejahteraan bersama. Perbuatan tidak mendaftar adalah satu kesalahan. Nasihat saya dapatkan nasihat di Pejabat Agama berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Labels:

Renungan

Kadang-Kadang Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,...kemana hilangnya sinar...Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi"
"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria,ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja,hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke tempar kerja hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh,hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG AJAR
5. Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepadaKRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera!
tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapankita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkatkerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhiratnanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itula kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"mengkritik tidak bererti menentang,menyetujui tidak semestinya menyokong,menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, March 17, 2009

Satu tahun cahaya

ialah jarak yang dicapai cahaya dalam setahun pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat atau kira-kira 9,500 bilion kilometer.

Wanita hamil perlu elak makanan ringan

LONDON: Wanita hamil dinasihatkan supaya menjauhi makanan ringan kerana ia boleh menyebabkan anak dalam kandungan menghadapi masalah kesihatan sepanjang hidup. Ibu yang ketagihan makanan ringan meletakkan bayi mereka dalam risiko obesiti, menghidap penyakit jantung dan diabetes, kata penyelidik. Seorang penyelidik, Dr Stephanie Bayol, berkata: "Kita selalu berkata, 'Anda ialah apa yang anda makan.' Malah, ia mungkin benar jika dikatakan, 'Anda ialah apa yang ibu anda makan'."

Pernahkah anda membayangkan rumah anda dimasukan pencuri?

Tentu sangat mengerikan, bukan? Apalagi kalau kemudian si pencuri itu dapat membolot barang-barang milik kita. Padahal, untuk membeli barang-barang tersebut selama ini kita harus bersusah payah mengumpulkan wang. Kalau sudah begini yang kita rasakan tentu bukan sekada kesusahan, tapi juga kesedihan yang mendalam. Ok, misalkan ada di antara para pembaca yang tanpa diduga mengalami kenyataan buruk tersebut, maka tak perlu terlalu gelisah dan cemas. Ikhtiar batiniah berikut ini... Insya Allah akan mampu untuk mengembalikan barang-barang Anda yang telah dirompak oleh pencuri. Cara mengamalkannya:- Bacalah surat AT-THARIQ 40 kali di pintu yang dipergunakan keluar oleh pencuri. Berdasarkan pengalaman, dengan cara ini biasanya pencuri akan mengembalikan barang-barang yang telah dicurinya. Tentu dengan cara yg sembunyi-sembunyi. Dalam beberapa kes yang pernah terjadi, pencuri umumnya akan menaruh barang tersebut di depan pintu tempat dia keluar saat melakukan aksi pencuriannya di rumah mangsa.Mahu bukti? Cuba saja. Syaratnya Anda harus dalam keadaan suci.

Labels:

Punca uban terjadi pada usia muda

Salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya.

Misteri Potret Monalisa

Identiti Monalisa itu sendiri. Riak wajah Monalisa. Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Labels:

Tuesday, March 03, 2009

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku,kerana sudah takdir llahi sinaranku diperlukan diplanetlain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku,andai kau memang mentari,sang surya yang memberi cahaya,aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…MATAHARI atau lilin ?atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah….!!!