Thursday, September 28, 2006

Tips dari PDRM (not a joke)

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia . 1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...). 6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). 7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing.

Labels:

Nabi Muhammad S.A.W di saat kematian

Sekadar peringatan untuk semua..... Subhanallah.... Memang tersentap jiwa....walau pun dh brkali2 mbaca kisah ini. Ketahuilah sebab itu kesakitan sakaratul maut umat Nabi Muhammad telah dikurangkan 99% kerana Rasulullah dah ambil in advance utk umatnya.atas permintaan Baginda.......
Sekadar mengingatkan dan menyentap Iman kita kejap... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannyamasuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di samping nya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling erpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Sawan Tarik

For Parents, digalakkan membaca Sawan tarik atau "fibril fits" dlm B.Inggerisnya ni bukanlah benda baru - fits ni akan menyerang kanak-kanak yg berusia antara 6 bulan hingglah ke 6 tahun. Sawan ni akan berlaku sekiranya demam anak ni tak kebah - kalau nampak kebahpun, budak ni akan nampak lemah aje. Ini bermakna, kalau kita tengok budak tu masih lemah tapi demamnya tak berapa tinggi, itu tak bermakna dia dah OK. It's not OK actually. Let me recall what happened to my Athira in December 1995. Athira masa tu dah nak masuk 2 tahun. First time dia kena sawan tarik just before the Christmas Eve. Dia dah demam 3 hari. Bila bagi ubat, dia OK. Tapi, belum 4 jam lepas tu dah panas balik. Disebabkan klinik tutup (Christmas), tak jadi bawak dia ke klinik... kami kira Tawaqal ajela...sebab ubat pun masih ada. Bila Nuar (hubby) tengok dia kebah sikit, kami pi bawak dia jalan-jalan ke Jaya Jusco. Masa kat sana, dia kata dia dahaga... kami pun cari la tempat jual air... yg ada cuma air kopi aje yg tinggal. Kami yg baghal ni dok bagi dia minum kopi tu.. dahlah tu, boh AIS.. lupa nak suruh orang tu jangan boh ais...(dah air kopi). Kami tak lama kat JJ sebab bukan nak beli apa pun...saja aje, kami sepatutnya pi Kelantan petang tu, tapi sebab Athira tak sihat, kami cuak nak pi jauh-jauh. Masa dah sampai rumah, (masa tu, aku masih tinggal di Klang), Athira punya suhu naik semula. Tapi, sebab dia tak minum susu lagi... aku pi buatkan susu untuk dia....dan masukkan dia dalam buaian. Bila diberi minum, mulanya tu dia hisap botol tu OK, tapi tiba-tiba......tangan dia kerekot-kerekot,mulut dia jadi senget, mata dia jadi putih.... aku suspen giler....cepat-cepat amik sudu, letak kat dlm mulut dia - Nuar capai baju,aku just sarung aje baju elok sket, dukung dia.... I still remember.. Nuar punya pecut... bagai nak giler.. I held her hand very tight.. tak kasi tangan dia kerekot.. I tried to luruskan tangan dia, tak leh! Dia betul-betul kejang.. Nuar pasang lampu hazard.... tu dia picit-picit hon....suruh orang ketepi....lampu merah tak kira dah, kami redah aje.. semua kereta ketepi. Sesampai ke klinik......(mujur klinik tu 2 km dari rumah)... doktor tu memang panik giler... tapi, aku puji dia punya assistant.. very cool... dia terus amik ais dlm peti, dia bogelkan Athira, dia letak athira dlm sinki,pastu dia mandikan Athira dengan ais & air paip. Aku dah menangis-nangis.. apa taknya? Tengok Athira macam anak ayam kuyup..tangan dia kerekot lagi... haaaah.. sudah! Aku dok pk habislah anak aku!Baca Ayat kursi pun dah tak betul... Fatihah toksah cakapla.. habis semua celaru. Si attendant ni terus mandikan Ira...Athira menggigil kesejukan... Doktor cuba tenangkan aku.... aku dah sebak dah... Nuar toksah cakap.. dia langsung tak moh tengok.... nampak dia dah menangis dah....kami tak terkata apa-apa pun! Tiba-tiba... dengar Ira panggil... "ibu...ibu.... nak ibu...!" ya Allah... ! Tak sempat doktor tu panggil aku, aku terus meluru pi dapatkan dia.. peluk dia.... dia dah OK...tapi dia kata.. dia sejuk.. "Iya cejuk buuuu!" Dia masih pelat sket.. bahasakan diri dia "Iya". Attendant tu amik tola.... lapkan badan dia... masukkan ubat insert kat dalam punggung dia. Aku terus wrap dia ngan tola.... Lepas dah 15 minit dia "sedar" tu..,doktor periksa dia.. tanya dia.. ingat tak... tunjuk kat ayah dia, tanya itu sapa? Dia kata "ayah..." tunjuk kat diri doktor tu, dia kata tu doktor (dia tengok pakai stetoskop tu)... tanya dia, telinga dia dengar OK tak? dia kata dengar...Alhamdulillah.. lega rasanya tengok dia boleh kenal. Doktor pesan.... kalau boleh, try to avoid dari kena lagi sekali.. sebab each time kalau lambat treat fits ni, dia akan effect otak. Tu yg bahaya...kalau cepat, tak apa. Tapi, agaknya kami ni masih belum "learn our lesson".. suatu hari tu dia demam lagi.....(selang setahun lepas kejadian pertama), tapi, diringkaskan cerita, kami sempat bawa dia ke klinik (masa tu hari Ahad). Dia muntah,pastu kena sawan tarik tu. Doktor panik jugak; dia pergi tepuk belakang Ira.. kuat pulak tu.. aku rasa macam nak tumbuk aje doktor tu...aku meradang sangat. Aku marah dia, pastu dia terus call Selangor MedicalCentre, suruh accept emergency case from his clinic. Kami bagai nak rak lagi la (mujur tak jauh, dari Shah Alam ke Shah Alam gak). Nuar tak lengah lagi.. mujur masa kat klinik tadi doktor sempat masukkan insert tu kat punggung dia. So, keadaan terkawal. Sampai kat SMC, terus masuk drip. dan kena mandi lagi dengan ais. Kali ni kami tak cemas sangat sebab kena kat klinik. Tobat aku tak pi lagi klinik tu. . Marah kat doktor sebab pi tepuk belakang Athira kuat-kuat. Alhamdulillah.... tak ada impact teruk sangat. Masa kat SMC tu kami cerita kat doktor kata itu kali kedua dia kena. So, doktor kata, next time mesti hati-hati jangan bagi kena lagi. Nanti otak dia akan damage dan boleh jadi cacat. Simpang 44 malaikat! La ni Athira nak masuk 9 tahun dah.. dah melepasi had 6 tahun - range umur yg selalu kena sawan ni. Si Af pun dah lebih 6 tahun, lega aku! Cukuplah sekadar memandikan budak tu dengan ais dan memasukkan ubat insert tu ke punggung dia. Dalam risalah yg doktor kat SMC tu bagi, bila kena sawan tarik, JANGAN masukkan sebarang cecair pada badan kanak-kanak tersebut. Baik jap ataupun diberi minum. Sebabnya, otak dia masa tu langsung tak berfungsi, otak dia "blank"..., jadi apa pun yg masuk dlm badan dia kan "sesat" tak tentu hala jika dimasukkan dlm badan. Jika masuk melalui mulut, besar kemungkinan air tu akan terus masuk ke paru-paru dan akan menyebabkan paru-paru berair. Sistem saraf kanak-kanak pun tak mampu nak berfungsi dengan betul masa tu. - hangpa semua ada anak kecik yg berusia around the range, kan?? Jaga-jaga la! Salam Bahagia,

Rahsia surah Yassin ayat ke 58

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pad a ayat ke 58 surah tersebut "SALAMUUN QAULAM MIRROBBIRRAHIIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Kisah Tukang Gantung

"Hukuman Gantung". Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang "tugas khas"nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah.

"Bukan mudah nak mengambil nyawa orang", ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang hukuman gantung serta pelaksanaannya. Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

BUKAN GLAMOR
Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentunya bukan "tugas glamor". Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja tu, maknanya kita telah sampai ke peringkat akhir, kalau belajar telah sampai ijazah kedoktoran," kata Samuel dalam temubual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang baru-baru ini.
Ada satu sifatnya yang diberitahu kepada penulis yang mungkin memberi kelebihan untuknya menjalankan tugas khas iaitu sejak kecil, dia tidak boleh menangis dan dia dengan mudah boleh mengatasi perasaan sedih. Seperti katanya,"nak buat kerja tugas khas ni, tak boleh ada rasa kasihan dan tak boleh cakap besar."
PEMILIHAN RAPI
Ramai pegawai penjara yang ingin menjalankan tugas khas ini tetapi prosesnya bukan mudah. Yang memohon juga hanya mempunyai satu peluang, sekali ditolak, mereka tidak boleh memohon lagi. Menurut Samuel, jika 30 yang memohon dan mencuba, akhirnya yang tinggal mungkin tiga atau empat orang sahaja dan ada kalanya tiada
langsung.

"Sebelum dipanggil temuduga, rekod kerja kita akan diteliti, kedudukan kewangan kita juga penting. Nak buat tugas ini, fikiran tak boleh berserabut. Pandai menyimpan rahsia juga amat penting kerana pegawai yang melaksanakan tugas ini ada kalanya mendapat tahu mengenainya seminggu lebih awal," jelas Samuel. Beliau sendiri diperhalusi "sifu-sifu"nya sebelum dibawa masuk ke bilik gantung. "Hukuman gantung ini bukan ada tiap-tiap hari. Kadang-kala satu tahun ada satu atau tiga kali sahaja. Masa itulah kita akan dibawa sama untuk berada di dalam bilik gantung. Kalau mereka tengok kita OK, baru mereka akan beri penjelasan lanjut. Kita bukan ada kelas khas, banyak praktikal dan latihan sambil kerja," jelasnya.
TAHUN-TAHUN AWAL
Samuel yang mula menjalankan tugas khas ini semasa beliau di Pulau Jerejak di mana beliau juga menjalankan tugas sebat berkata kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman. Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

"Saya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini dari 1986 lagi tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terlibat dan menjadi pembantu pada 1989," jelasnya. Sebagai pembantu, beliau akan bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman. Banduan yang digari kedua belah tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain "hood" akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya. "Biasanya banduan yang akan digantung ini tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung," tambah Samuel.

Beliau mengakui tidak dapat tidur di tahun-tahun awal menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung. "Diganggu semasa tidur, benda ni biasa berlaku, bukan tak biasa. Ada orang datang minta rokok, saya kata nanti, saya tidur dulu. Ada juga yang kejut saya minta nak balik. Begitu juga kalau masuk ke dalam bilik gantung tu, perasaan tu ada lain sikit, rasa macam ada benda yang lalu. "Selepas 10 tahun, pengalaman dah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang dah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi)," cerita Samuel. Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih "tenang" dan diserang banduan yang agresif.

KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL
Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka ini sudah tentunya akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutamanya kerana mahukan kesempurnaan tugas. Bagi Samuel, beliau banyak berbasikal untuk mengekalkan kecergasan. Semasa pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itulah, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan. Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti. "Kerja mempersiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah di antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti," katanya.

TALI GANTUNG
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. "Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. "Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir." Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pergi dengan rela" setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. "Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. "Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. "Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. "Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. "Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. "Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu," kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada
Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. "Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

-- BERNAMA

Tuesday, September 26, 2006

Petua atasi memulas perut

Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat...buat 3,4 x..pastu mesti uols rase lega...

Bulu…masalah bagi wanita Tidak digalakkn cukur sbb nanti bila tumbuh balik lagi kasar so nampak mcm lagi lebat jer.. Perah limau, air limau tuh + gula pasir..kacau sebati ..sapu dan urut atas bibir perlahan2...buat ler selalu...

Resipi berkaitan ikan

IKAN SIAKAP STEAM
Bahan – bahan:10 g lada putih, ditumbuk5 ulas bawang putih, ditumbuk3 cm halia, ditumbuk1 biji jeruk plum bergaram1 tangkai daun sup, dihiris1 tangkai daun bawang, dihiris1 cawan air2 camca besar sos tiram1 camca besar kicap cair1 camca besar kicap pekat1 ekor ikan siakap.Bahan hiasan:Daun supDaun BawangDaun ParsliJintanCara membuatnya:1. Campur dan gaul rata segala bahan kecuali ikan.2. Salut bahan tadi pada ikan siakap.3. Kukus di atas api perlahan 20 minit, atau sehingga masak.4. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, daun parsli dan daun jintan untuk menambah aroma wangi.5. Hidang ketika panas.

SIAKAP MASAK SWEET SOUR
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) ½ botol sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putihdan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yangdibakar tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersamanasi putih dan juga lauk lain.

IKAN SIAKAP KUKUS
Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak: · Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). · Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. · Tuang ketiga-tiga sos tadi. · Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. IKAN SIAKAP KUKUS (2)Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap10 biji bawang putih - dicincang1 sudu teh lada sulah1 sudu teh gula3 biji cili padi1 sudu makan sos ikandaun ketumbar1 biji limau purutCara-cara · Ikan dikukus kosong sementara itu panaskan minyak dan masukkan bawang putih,cili padi lalu tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.· Panaskan kuali, masukkan kicap cair, sos ikan, sedikit air, gula, lada sulah dan minyak.· Akhir sekali tuangkan sos tersebut ditepi ikan dan perahkan limau purut itu diatas ikan.

IKAN KUKUS CINA
Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal / kembung1 sudu makan minyak masakTumbuk 2 sudu makan tauchu1 biji cili merah (dihiris)ulas bawang putih (dicincang)Perasa 1 sudu makan kicap manisCara-cara · Tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis.· Kemudian salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.

IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
Bahan-bahan A: 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa Bahan-bahan B: 5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa Cara memasak: · Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup. · Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. · Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. · Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. · Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi. Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

KARI KEPALA IKAN
Bahan-bahan 1 kepala ikan (jenisnya ikut suka)1/2 mangkuk santan pekatSedikit air asam jawaTumbuk 1 labu bawang besar4 biji buah badamSedikit halia4 ulas bawang putihSedikit lengkuas1 batang serai (dititik)Sedikit cili yang telah dimesinPerasa Sedikit halba dan daun kari1 peket kecil serbuk kari ikanCara-cara · Ikan dibersihkan dan digoreng dengan sedikit kunyit.· Panaskan minyak anggaran 4 sudu makan, kemudian tumiskan halba dan daun kari.· Apabila wangi, masukkan bahan bahan yang ditumbuk dan serbuk kari serta cili yang telah dimesin.· Kacau hingga naik minyak dan kemudian masukkan santan serta serai.· Tuangkan 4 mangkuk air, air asam jawa serta garam secukup rasa.· Akhir sekali masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga mendidih barulah diangkat.

KARI KEPALA IKAN (2)
Bahan-bahan: 1 kg kepala ikan 50 gm bawang merah 30 gm halia (dikisar) 30 gm bawang putih (dikisar) 50 gm cili kering (dikisar) 50 gm ketumbar 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 10 gm serbuk lada putih 40 gm serbuk kunyit 1 liter santan kelapa 20 gm garam 10 biji kacang bendi 6 biji terung Cara memasak: · Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. · Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. · Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. · Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

KARI KEPALA IKAN (3)
Bahan-Bahan 1 keping kepala ikan kerisi 5 biji bendi 2 biji terong 2 biji tomato 2 biji bawang besar sedikit daun kari sedikit biji sawi sedikit bunga lawang 2 sudu serbuk kunyit1 sudu serbuk cili 4 sudu serbuk kari ikan 1 cawan air asam 1/2 cawan air sedikit hirisan nenas sedikit daun ketumbar
Cara Cara · Panaskan minyak, tumis bawang, biji sawi,bunga lawang dan daun kari. · Masukkan rempah kari ikan, kunyit, serbuk cili, sedikti air, dan tumis sehingga keluar minyak. · Masukkan air asam, air dan kepala ikan.Kemudian masukkan terong, bendeh, dan tomato, biar mendidih. Setelah itu masukkan ikan masukkan hirian nanas dan daun masukkan hirian nanas dan daun ketumbar.

SIAKAP KUKUS BEREMPAH
Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - sederhana besar4 biji buah keras 5 tangkai cili padi 8 tangkai lada merah 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 camca petis udang 1 sudu gula dan garam 1 batang serai - dititik 1/2 cawan air 1 biji limau nipis - diperap pada ikan Cara Cara · Ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam selama 5 minit , perap dengan limau nipis. · Buah keras,cili padi, bawang merah, dan bawang putih dikisar halus dan dicampurkan dengan petis serta air. · Kacau rata bersama garam dan gula, dan masukkan serai. · Tumis dengan api sederhana hingga bangkit baunya. Tuang ke atas ikan .

Thursday, September 21, 2006

Petua tajam ingatan

Tips Untuk Adik2 Student Biar Score Giler...

Petua nih untk Muslim students jer, agama lain pi tanyer tok sami korang..**emaildr seorg kenalan***Penyakit LupaAntara penyebabnya adalah: -- Makan kepala ikan..Penah seorg student ustaz bali dari Indon ,dia lupa nama bini sendiri sbb kt Indon byk makan kari kepala ikan..- Makan benda2 masam, mcm asam boi, makanan bercuka...- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamine'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.Rahsia Menguatkan Daya IngatanUtk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -- Buah anggur hitam- Madu lebah- Halia- Buah badam- Susu- Air zam zam- Kismis- Jus karot & madu- Epal- Kurma - Ikan tuna- Tempe- Air soyaItu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

Ziarah kematian

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah.. namun berhati- hatilah... teringat sebelum kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good....

org tua-tua berpesan .... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Aku dapat dari e-mail member aku, saper yg dah tau bacer je la untuk mengingatkan, yg belum tau tuh amik iktibar yer?

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah)dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni
di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana- sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu.
Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur(seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun.

Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut.

Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al- Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar
kata Ura, apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Senarai hotal dan Leisure Mall di Kelantan

:Nok hotel berapo star? loni kt kelate ado 15 hotel..di kb sajo ado 13 hotel..kawe sebut sor2 kt kb deh..
1) ansar city islamic hotel (2 star)jln maju, kbtel:097474002)
ansar garden city (2 star)jln dato pati, kbtel:0974823993)
crystal lodge (3 star)124, jln che sutel:0974708884)
dynasty inn (2 star)2865-D-E, jln sultanah zainab, kbtel:097473005)
juita inn (3 star)jln pintu pongtel:74468886)
mawar hotel (3 star)bangunan mawar, jln dato perdanatel:7448888/74700007)
perdana hotel (4 star)jln mahmoodtel:74850008)
perdana resort pcb beach (3 star)jln paamat, pcbtel:7744000/77422819)
resort pcbpcbtel:774202010)
suria hotel, kb (2 star)jln pdg garong, kbtel"743225511)
sutera inn prima (3 star)jln dusun muda off jalan bayamtel:744100012)
hotel temenggong (2 star)jln tok hakimtel: 7483481/7483844
semo hotel2 nih kawe buleh dlm accomodation guide hok opis kawe wat..xtaula loni kot2 ado hotel br..kawe pon xtau hok mano sor mmolek doh dumoh pon dok kelate, wat gapo tido hotelnyo..harap2 saing2 kito hok ado di kb buleh tlg demo..
psal shopping, demo buleh g:
1)ranta panje -byk bare2 muroh2)alik male g wakaf che yeh..byk jugok bendo2 mmuroh3)ari jumaat, pasar pg..g wakaf baruado lg tgu saing 2 lain tlg tamboh deh..jago mmolek gu demo tuh almaklumla dio mari dr negeri ore kala biru hehehe......Hotel Pacific(Jalan Pengkaln Chepa)...Hotel Renaissance (dekat Billion)beyeh

"Holy Water" di dalam air mineral

Sampaikanlah mesej ini kepada kawan-kawan muslim kita yang lain kerana
Allah itu amat suka akan orang yang menyampaikan benda-benda yang baik.
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan
penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran
ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika
diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk
menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan
nama-nama air mineral tersebut:
1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama
Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi
Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan
keimanan di hati.

Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air
mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan
beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak
pula diketahui.

Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum.
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
Kaum Adam
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!! 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN!! 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Kaum Hawa
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya). 7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 9. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja : - Sembahyang 5 waktu- Puasa di bulan Ramadhan- Taat kepada suaminya, dan- Menjaga kehormatannya10. Wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org lelaki pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :- Isterinya- Ibunya- Anak perempuannya, dan- Saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :- Suaminya- Ayahnya- Anak lelakinya, dan- Saudara lelakinya
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita kan? Wahai kaum Hawa jangan senang hati... kerana Rasulullah s.a.w. pernah menangis mengenangkan wanita yang lebih ramai di dalam NERAKA... WASPADA...
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri sendiri.